kempis, kuncup dan tercium – TRIPLETS plus ONE
Uncategorized

kempis, kuncup dan tercium

May 22, 2009

Hmm, saya konpius lar…

kenapa lar some people sanggup lar nk kempis2 kn perut diorang atau kuncup2 kan buntut dan ade juga yg sanggup tercium2 dinding lift tu…

apa kate, org2 tersebut..kuar jap dari lift tu, beri laluan sat kepada saya yg sedang tolak twin stroller gabak dan en suami yg menolak single stoller yg tak berapa gabak dan juga tak terlalu compact itu…pastu korang masuk lar balik lift tu..

kan senang? tak perlu lah smpai kena kempis kn perut, kuncup kn buntut dan tercium dinding lift tu

oh, saya kurang minat if musim sale? sbb time tu sume lorong jadi kecik, diorang letak barang2 promosi kt tengah2..macam mane nak lalu?

tp if kt jusc0 aritu, bukan tgh sale pun…tp kan counter diorang slalu kt tengah2 kawasan baju tu kn…jadi saya tak berjaya nk tolak stroller ke counter. tak cukup ruang. last2 tepaksa letak balik barang2 tu sbb tak bejaya nk bayar. takkan nk biarkn bebudak dua tu sendiri2 sementara saya beratur tuk bayar?

Join the hottest community in town now!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  1. Ayo i dapat bayangkan kepayahan yg u alami cos i yg baru ade anak 1 ni pun terkial-kial bawa jalan kat shopping mall. Penat wooo jaga budak nih…

    [Reply]

  2. yg lagi buat i konpius…memandangkn jalan sehelai sepinggang…apa kate gune je lar escalator tu dan biar kami yg berstroller ni gune lift tu kn kn kn?

    kadang tu hangin tul, bile pintu lift bukak..penuh lar pulak ummat dlm tu, kami tepaksa tunggu lift lain.`

    sape notice…lift kt Gardens…lembab nk mampus!!!

    [Reply]

  3. sian u…erkk, sales JJ kat OU baru ni teruk (spt selalu kot). dah le a day b4 tu buat JCard (buat hari keja/ belum gj gila) pastu the next daynya each level bkk satu counter je…

    betul kata u…org yg larat berjln pun nak naik lif, mcm tade escalator (@ escalator skit/ jauh sgt)

    [Reply]

  4. i setuju sangat pasal lift tu… kalau i sorang or tak bawak stroller, i prefer guna escalator but you kena bawak 3 babies… kesian.. certain people tak peduli pon nak kasi chance kat org lain yang lebih memerlukan…

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *